MELAKA: Seorang pengarah syarikat rangkaian restoran mamak bergelar Datuk didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini selepas mengaku bersalah memiliki barang berjadual melebihi kuantiti dibenarkan.
Hakim Azaraorni Abd Rahman memutuskan hukuman tersebut terhadap Datuk Fadzil A Bakar, 66, dan turut mengarahkan tertuduh dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda.
Mengikut pertuduhan, Fadzil didapati ada dalam milikannya barang berjadual iaitu 267 unit minyak masak peket 1 kilogram (kg), 253 unit gula pasir kasar 1 kg dan 48 unit gula pasir kasar (gula jernih) 1 kg di premis perniagaan RB Bistro cawangan Jelatang di Pusat Perniagaan Jelatang dalam daerah Alor Gajah, sekitar 11.45 pagi pada 12 Disember 2023.
Kesalahan di bawah Peraturan 18 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu dalam perjalanan perniagaan, menggunakan barang berjadual melebihi kuantiti sepertimana dinyatakan dalam Bahagian IV Jadual dan didakwa di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 serta boleh dihukum di bawah Seksyen 22 (1) akta sama.
Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Terdahulu, peguam Maligaa Radhakrishnan yang mewakili Fadzil merayu hukuman berbentuk denda memandangkan tertuduh mempunyai penyakit jantung selain merupakan kesalahan pertama.
Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Suhana Mohd memohon hukuman setimpal kerana mengambil kira faktor kepentingan awam serta mencegah peniaga menyorokkan atau enggan menjual barangan kawalan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 27 2024
Hakim Azaraorni Abd Rahman memutuskan hukuman tersebut terhadap Datuk Fadzil A Bakar, 66, dan turut mengarahkan tertuduh dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda. - Gambar hiasan
#MetGala: Busana kerajang timah, rambut pendek Michelle Yeoh jadi perhatian
Michelle berkata busana itu adalah ilham daripada pereka kreatif jenama Balenciaga iaitu Demna yang diinspirasi daripada kenangan zaman kanak-kanaknya.
Masih ada harapan bantu miskin bandar - Pakar
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia, Datuk Dr Madeline Berma berpendapat ia masih suatu isu yang serius dan perlu ditangani segera.
Namun ia masih menunjukkan perkembangan positif, dan masih ada harapan untuk Malaysia menangani isu tersebut.
Namun ia masih menunjukkan perkembangan positif, dan masih ada harapan untuk Malaysia menangani isu tersebut.
Pantau Belanjawan: Ulasan Kajian UNICEF | Ranjau Sepanjang Jalan – Tangani miskin bandar KL
Terengganu adakan solat sunat Istisqa di seluruh masjid Jumaat ini
Terengganu adakan solat sunat Istisqa di seluruh masjid Jumaat ini
Kini anda boleh tambah kad Maybank pada Google Wallet
Maybank dilihat menyokong kad Visa dan Mastercard kedua-dua debit dan kredit untuk ditambah pada Google Pay.
Israel musnahkan lintasan Rafah, jejaskan 1.5 juta penduduk Gaza
Rejim Zionis Israel kini sudah mula memusnahkan lintasan Rafah seterusnya menjejaskan kira-kira 1.5 juta penduduk Gaza yang berlindung di kawasan terbabit.
[TERKINI] Dapatan utama kajian UNIEF: Ranjau Sepanjang Jalan
Ikuti secara langsung pelancaran laporan UNICEF berjudul 'Living on the edge'.
JDT tingkatkan tahap keselamatan pemain
JDT menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat insiden yang melanda pemain bola sepak negara iaitu Akhyar Rashid, Faisal Halim dan Safiq Rahim.
Apple perkenal cip pemprosesan Apple M4
Apple M4 hadir dengan 4 teras CPU prestasi bersama 6 teras CPU efisien, selain 10 teras GPU untuk penawaran grafik yang baik melaluinya.
Polis kesan individu buang air mengandungi puntung rokok depan rumah jiran
Kejadian yang dirakam menerusi CCTV itu dimuat naik menerusi media sosial serta menerima kecaman dari orang ramai.
Pengarah restoran mamak didenda RM15,000 miliki barang kawalan lebih kuantiti
Seorang pengarah syarikat rangkaian restoran mamak bergelar Datuk didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh selepas mengaku bersalah memiliki barang berjadual melebihi kuantiti.
SPRM tahan bapa, anak, disyaki guna dokumen palsu bekal minyak masak
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan dua lelaki selepas disyaki menggunakan dokumen palsu bagi tujuan pembekalan minyak masak, empat tahun lepas.
KPDN serbu dua restoran Pakistan di Jalan Ipoh
Dua buah restoran berkonsepkan Asia Selatan di Jalan Ipoh, diserbu dalam operasi membanteras penggunaan barang kawalan tanpa lesen oleh KPDN.
Audit subsidi minyak masak dilaksana sejak Oktober - Armizan
Kerajaan telah memulakan audit berkaitan subsidi minyak masak yang dilaksana di setiap negeri dan daerah sejak Oktober lepas bagi mengatasi isu ketirisan.
KPDN teliti kemungkinan minyak masak subsidi dijual sebagai minyak terpakai
KPDN sedang meneliti kemungkinan minyak masak peket bersubsidi dijual oleh pihak tertentu sebagai minyak masak terpakai sehingga menyebabkan gangguan bekalan.
Jualan Rahmah: 2,000 ayam dijual dalam masa dua jam
Selain ayam, orang ramai juga tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan barangan keperluan lain seperti telur dan minyak masak.
Kempen boikot tidak beri kesan besar terhadap penggunaan minyak masak - MPOB
Permintaan terhadap minyak makan itu, termasuk minyak sawit turut membabitkan kelompok pengguna lain.
Ahli perniagaan didakwa gagal selenggara buku stok kawalan minyak masak
Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan gagal menyelenggara buku stok bagi barang kawalan berjadual iaitu minyak masak, Jun tahun lepas.
Minyak masak: Naik taraf sistem eCOSS dijangka siap pertengahan 2024 - Fuziah
eCOSS yang kini sedang dinaik taraf oleh KPDN dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan tahun depan.
Jemaah menteri setuju mekanisme harga dua peringkat bagi minyak masak
Jemaah Menteri secara prinsip bersetuju dengan cadangan pelaksanaan mekanisme 'two tier pricing' atau harga dua peringkat untuk mengawal harga minyak masak.